Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu. Anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur telah berkecimpung dalam bidang bola sepak sejak kecil lagi.

 

Hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

 

Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.

 

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

 

Beliau banyak membantu pasukan selangor menjuarai Piala Malaysia dan juga banyak mengharumkan nama Negara di arena bola sepak. Sebagai contohnya, beliau telah menjadikan pasukan Malaysia pada masa itu sebagai salah satu pasukan yang digeruni dengan mempamerkan aksi menarik ke atas Skuad England B bimbingan Bobby Robson selepas mengikat skuad itu 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar

 

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya

 

Pada 1989,dia disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. Kemudianya, beliau berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Apabila pulang ke tanah air, keadaan beliua masih tidak berubah. Pada 1991, beliau telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.

Text Box: Tokoh Bola Sepak Negara