Make your own free website on Tripod.com

Pantun Patriotik

 

Langkah sumbang sindirkan lantai,
   Binasa badan bicara tak kawal,
Pinggirkan ketuanan negara tergadai,
   Hilang maruah bangsa terjual.

Tanah ini Tanah Melayu,
    Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan tanahmu,
    Pertahankan negara, pertahankan hak bangsa.

Pergi ke kedai tergesa-gesa
    Hendak membeli gula Melaka
Malaysia maju rakyat sentosa
    Negara aman bebas merdeka

Sesak sungguh di kaki lima
    Penat berjalan sakitlah peha
Malaysia Boleh slogan bersama
    Asalkan ada daya usaha

Terketar-ketar si penjual roti
    Hendak seberang sebatang titi
Berbudi bahasa hormat menghormati
    Jadilah warga elok pekerti

Text Box: Sila baca pantun di bawah dengan intonasi, sebutan serta gaya yang betul. Kemudian sila rakamkan pembacaan anda dengan menggunakan movie maker.

wanafindy@yahoo.com